Monday, July 30, 2007

Microsoft Office Outlook 2007

Dalam buku ini, anda perlukan fail untuk praktis memformat utusan, serta menghantar fail kepilan dokumen dan gambar. Salin teks berikut dan simpan ke dalam dokumen Word. Simpan gambar untuk praktis menghantar fail kepilan gambar.




Untuk bina gambar dengan air mengalir dilembutkan, anda perlu pasang kamera ke kaki tiga. Kemudian setkan aperture ke nilai yang paling kecil, tujuannya adalah untuk mempastikan cahaya yang sedikit memasuki kamera. Dengan itu kelajuan shutter akan disetkan ke nilai yang perlahan. Apabila anda menekan shutter, aliran air akan direkodkan dan air kelihatan lembut. Objek lain yang tidak bergerak akan kelihatan jelas kerana kamera berada dalam keadaan tetap. Ingat, untuk mendapat kesan sebegini, anda mesti gunakan kaki tiga.







Gambar untuk praktis:





Monday, June 25, 2007

Microsoft Office Publisher 2007

Untuk praktis bab 7, anda perlu muat turun atau salin gambar dari URL
http://1-day-1-colorpic.blogspot.com yang dipos pada 18 Jun 2007. Anda juga boleh muat turun gambar berikut.




Untuk bab 10, gunakan gambar berikut.





Friday, May 25, 2007

Microsoft Office PowerPoint 2007

Dalam bab 5 buku ini, anda perlukan gambar untuk membina pertunjukan selaid. Gambar pertama ialah gambar badan yang lengkap, gambar kedua ialah gambar tangan, dan gambar ketiga gambar kaki. Anda boleh dapatkan mana-mana gambar yang anda suka. Bagaimanapun, pengarang menggunakan gambar berikut.


Picture 1




Picture 2



Picture 3

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Datang Ke Blog Siri Vista

Siri Vista adalah blog yang saya bina untuk membincangkan tentang koleksi buku baru yang saya tulis. Pada asasnya, buku ini terdiri dari dua siri iaitu Siri Windows Vista dan Siri Microsoft Office 2007. Pada masa ini saya telah siapkan tiga buah buku iaitu Microsoft Windows Vista langkah demi langkah, Microsoft Office Word 2007, langkah demi langkah dan Microsoft Office Excel 2007, langkah demi langkah.

Buku Microsoft Windows Vista langkah demi langkah dan Microsoft Office Word 2007 telah keluar di pasaran. Buku Microsoft Office Excel 2007 masih lagi dalam proses percetakan.