Wednesday, May 16, 2007

Selamat Datang Ke Blog Siri Vista

Siri Vista adalah blog yang saya bina untuk membincangkan tentang koleksi buku baru yang saya tulis. Pada asasnya, buku ini terdiri dari dua siri iaitu Siri Windows Vista dan Siri Microsoft Office 2007. Pada masa ini saya telah siapkan tiga buah buku iaitu Microsoft Windows Vista langkah demi langkah, Microsoft Office Word 2007, langkah demi langkah dan Microsoft Office Excel 2007, langkah demi langkah.

Buku Microsoft Windows Vista langkah demi langkah dan Microsoft Office Word 2007 telah keluar di pasaran. Buku Microsoft Office Excel 2007 masih lagi dalam proses percetakan.