Untuk bina gambar dengan air mengalir dilembutkan, anda perlu pasang kamera ke kaki tiga. Kemudian setkan aperture ke nilai yang paling kecil, tujuannya adalah untuk mempastikan cahaya yang sedikit memasuki kamera. Dengan itu kelajuan shutter akan disetkan ke nilai yang perlahan. Apabila anda menekan shutter, aliran air akan direkodkan dan air kelihatan lembut. Objek lain yang tidak bergerak akan kelihatan jelas kerana kamera berada dalam keadaan tetap. Ingat, untuk mendapat kesan sebegini, anda mesti gunakan kaki tiga.
Gambar untuk praktis:
1 comment:
thanx sudi follow
Post a Comment